Rabu, 12 Maret 2014
Browse Manual »
Wiring »
belum
»
fairuz
»
fizz
»
layak
»
saya
»
Fizz Fairuz Saya Belum Layak
Fizz Fairuz Saya Belum Layak
SEJAK pendedahan siapakah antara barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2013 (AF2013) diumumkan oleh pihak Astro baru-baru ini, ada segelintir mempersoalkan apakah ciri-ciri serta kriteria menyebabkan pelakon Fizz Fairuz dipilih sebagai salah seorang tenaga pengajar program realiti popular itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Fizz berkata, “pihak produksi berkeras mahu saya terbabit dengan AF2013 walaupun saya berkali-kali menjelaskan kepada mereka, daripada sudut latar pencapaian saya belum layak.
“Di luar sana lebih ramai lagi rakan pelakon yang jauh lebih berpengalaman dan bagus. Sedangkan ilmu saya kurang, apatah lagi untuk mengajar orang baru yang menyertai AF2013. “Dari sudut pencapaian pun saya hanya pernah menang sekali itu pun kategori popular. Bukan paling popular pun. Anugerah terbaik dalam bidang lakonan hanya setakat dicalonkan dan tidak pernah menang. Saya sangsi juga dan tanya mereka berkali-kali kenapa saya,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Mungkin sudah tertulis rezeki Fizz untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar anak seni kepada bakal pelajar AF2013, yang penting Fizz harus buktikan kebolehannya dalam mengajar anak-anak muda yang pastinya menyimpan 1001 impian untuk bergelar selebriti yang kaya dengan ilmu nyanyian dan juga teknik seni lakon.
Selain Fizz, Cikgu Shafi turut terlibat sebagai guru vokal sementara Alam dan Suhaili yang lahir dari rancangan So You Think You Can Dance akan bergelar guru tarian menggantikan jawatan sinonim Linda Jasmine itu.
Sementara Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan penyanyi berbakat dari tanah seberang Melly Goeslaw telah dipilih menjadi ‘Inspirer’ bagi rancangan yang bakal memulakan siarannya bermula 2 September ini.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar