Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Barang kemas bernilai 300 ribu lesap di Kiulap

Barang kemas bernilai 300 ribu lesap di Kiulap


SELASA, 10 APRIL 2012

Anggota dan Pegawai Polis sedang membuat penyiasatan di tempat kejadian.




BANDAR SERI BEGAWAN -Pekerja-pekerja sebuah pasar raya di Kiulap yang sedang bersedia untuk membuka dan memulakan perniagaan pagi tadi terkejut apabila menemui talam-talam barang-barang kemas berselerak manakala barang-barang kemas hilang dari kedai barang kemas di dalam pasar raya itu.

Menurut pekerja di kedai berkenaan, mereka sedang sibuk membuka kedai pagi tadi untuk memulakan perniagaan apabila mereka ternampak talam-talam barang kemas berselerak lalu mereka bertindak untuk menghubungi pemilik pasar raya yang kemudian menghubungi pemilik kedai barang kemas berkenaan serta pihak polis mengenai dengan kejadian berkenaan.

Menurut mereka lagi, mereka percaya bahawa pencuri-pencuri berkenaan mungkin telah bersembunyi dalam pasar raya tersebut pada malam kejadian dan setelah mencuri serta membawa lari barang-barang kemas itu.

Pencuri dipercayai keluar dari pasar raya melalui sebuah lubang yang di pecahkan oleh mereka di tingkat satu pasar raya berkenaan dan keluar dari sebuah tingkap.

Pekerja-pekerja berkenaan juga berkata bahawa mereka tidak melihat apa-apa yang mencurigakan semalam apabila menutup kedai dan terkejut apabila terlihat talam-talam barang kemas yang kosong dan berselerak pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Polis Diraja Brunei mengesahkan bahawa polis menerima laporan mengenai kejadian pecah masuk dan curi itu pada pagi tadi di mana kejadian itu dipercayai berlaku lewat semalam.

Menurut polis lagi, kejadian curi itu disedari oleh pekerja-pekerja kedai pada pagi tadi apabila mereka sedang membuka kedai bagi memulakan perniagaan. Barang-barang kemas yang dicuri itu dianggarkan berjumlah keseluruhan kira-kira $300,000 dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan Polis.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar